Perjalanan Sejauh Ini

















Sunday, December 12, 2010

PENJAJA TUA

Hembusan dingin pagi mencengkam

Enggan mematahkan semangatku

Melihat lautan manusia berhimpun

Berasak-asak memperjudikan nasib

Demi satu tekad yang sama..


Hingar bingar suara manusia

Terasa bingit di corong pendengaranku

Menggoncang arah tuju lamunan

Sehingga mata menangkap kelibat

Seorang penjaja di kaki lima


Seraut wajah itu pernah ku kenal

Teman tika dibelenggu kedaifan

Bersama menempuh hidup kesuraman

Dihambat onak dan duri halangan

Berjuang hingga ke titis akhir harapan


Wanita tua itu terus bersimpuh

Ditengah-tengah gelagat manusia

Menjaja barang-barang jahitan tangan

Dikelilingi sahabat satu matlamat

Menanti bahang mentari pagi

Wanita itu kekal sebagai penjaja

Sekalipun diriku telah dewasa

Dia masih penjaja yang tabah

Menanti hadirnya sinar kebahagiaan

Sekalipun roda sentiasa berputar


Doa ku panjatkan pada mu Rabb

Moga meredhai titisan keringatnya

Merubah tingkat kehidupan

Lepas belenggu legasi kesengsaraan

Menghadirkan Nur bekal perjalanannya….


Srikandi PLA

12/12/10 11.55mlm


Assalamualaikum w.t.b

srikandi tertarik untuk berkongsi puisi ini dengan teman-teman yang lain. Semoga puisi khas ini mampu membuka minda dan fikiran kita semua. Puisi ini ilham yang diperoleh ketika mengunjungi pasar di pekan srikandi. perasaan begitu sedih dan pilu melihat anak bangsaku masih jauh ketinggalan dalam arus kemodenan yang semakin pesat. Srikandi begitu terkesan di hati melihat senario ini lantaran merantau menimba ilmu di bumi orang.


Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetapi lebih baik di negeri sendiri. Pepatah ini mengingatkan srikandi apalah makna usaha dan pengorbanan untuk srikandi menuntut ilmu selama ini sekiranya tidak dapat berbakti kepada bangsa sendiri. Siapa lagi yang mampu merubah mereka ???? jikalau bukan golongan seperti srikandi yang telah memikul amanah selama ini.. Bangsaku perlukan insan sepertiku . ..moga Allah sentiasa memberikan jalan terbaik kepada srikandi menabur jasa dan bakti memajukan bangsa yang tercinta........

Thursday, December 9, 2010

Fadhilat Hari Jumaat..

assalamualaikum ...

Pagi yang indah ini, terdetik rasa di hati srikandi untuk berkongsi mengenai kelebihan-kelebihan hari jumaat. Keindahan ini perlu diterokai bukan hanya melalui makna tetapi penghayatan dan pengisiannya..semoga jumaat kali ini akan lebih bermakna dan membawa barakah kepada kita semua...

6 kelebihan hari Jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari yang dinamakan penghulu segala hari inilah nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

srikandi berpendapat hari ini adalah hari yang lebih istimewa...( wow ...)

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Memotong kuku yang panjang dan rambut, maka lebih baiklah pada hari Jumaat. kebersihan itu adalah sesuatu yang dituntut agama..demi kesejahteraan hidup..

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Ulama yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.



Begitulah bingkisan kasih srikandi yang mungkin boleh dikongsi bersama di laman rasmi ini. semoga apa yang baik itu kita jadikan panduan dan yang buruk itu sentiasa menjadi sempadan.

rajin2 lah beristighfar dan berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. moga kita sentiasa mendapat hidayah dan pertolongan daripada Nya. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita, maka kepadaNya kita akan kembali..peliharalah iman kita untuk memperolaehi ganjaran firdausi kelak...subhanallah...wassalam


srikandi...Rabiatul Adawiah


Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan ....

srikandi mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..kedatangan ramadhan ini menjadi nadi kekuatan kepada kita semua untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
pintu2 neraka akan ditutp begitu juga syaitan yang sentiasa menyesatkan golongan manusia...yang dibuka ialah pintu2 rahmat, syurga yang menjadi impian seluruh umat islam...bersama-samalah kita mengejar keindahan ibadah di bulan ramadhan....













BULAN BARAKAH….

Bulan barakah itu bertandang lagi,
Membawa perkhabaran gembira seisi alam,
penyaksian ibadah setiap insan,
tanda sujud dan takwa kepada Esa….

Bulan barakah ini dinanti,
Segala rahmat di kejar di cari,
Pintu-pintu syurgawi idaman hati,
Insan yang bertakwa memohon diredhai…

Bulan barakah ini dicintai,
Menguji kesabaran dan kekebalan diri,
Menahan nafsu dan jua diri,
Mengharapkan keberkatan yang hakiki..

Bulan barakah ini punya makna tersendiri,
Rabb berjanji pada hamba yang mentaati,
Doa hambanya sentiasa didengari,
Bersujudlah beribadahlah bertakwalah,
Di Bulan yang penuh keberkatan ini….


Bulan barakah ini kekuatan islam,
Penyatuan hati dalam keikhlasan ibadah,
terjaga pada dinihari yang dingin,
semata mencari embun rahmat ilahi…

subhanallah….
Indahnya bulan keberkatan ini,
Dinanti segenap manusia di muka bumi,
Akan ditangisi bila berlalu pergi
Akan di rindui saat tibanya lagi…

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK……

Rabiatul adawiah Ab. Samad..
07 Ramadhan – 1.27 pg

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU...

assalamualaikum srikandi ucapkan...

dikesempatan ini srikandi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru2 yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan sepanjang srikandi menuntut ilmu di SEK.KEB.BUBUL dan SEK.MEN.KEB DT.PG.ABDULLAH. segala pengorbanan dan jasa kalian akan terus srikandi kenang. srikandi berdoa agar Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnianya kepada guru-guru sekalian. SELAMAT HARI GURU BUAT PARA PENDIDIK.


Jika kalian bertanya pekerjaan apakah yang sentiasa diingati oleh masyarakat..maka jawapannya adalah guru. Inilah hakikat yang sebenarnya, sebagai seorang pelajar srikandi selalu mengingati wajah cikgu dengan baik sedari di sekolah rendah sehinggalah sekarang ini...jasa dan pengorbanan seorang guru tiada bandingannya. lazimnya apabila ketemu atau terserempak dengan bekas guru kita, ayat pertama yang akan meluncur keluar..cikgu...apa khabar?...pernahkah kita bertanya kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku?....itulah kuasa seorang pendidik..guru memberikan ilmu kepada anak watan sehinggalah berjaya dibidang masing-masing...

pakar bahasa, doktor, peguam, menteri, akauntan, jurutera dan sebagainya lahir dari asuhan serta tunjuk ajar guru...doktor malah peguam sekalipun mula mengenal abc dan huruf melalui tunjuk ajar mereka...tanpa guru tidak akan lahir cendikiawan dan bijak pandai seperti hari ini...semulia-mulia pekerjaan adalah seorang guru yang sentiasa mendidik pelajar dengan penuh dedikasi ...

PUISI INI DITULIS KHAS SEBAGAI INGATAN KEPADA JASA INSAN BERGELAR PENDIDIK


DIA PERMATA…
Pertama kali ku lihat wajahnya
Dia bertanya siapa namaku….
Dia bertanya lagi di mana rumahku,
nama ayahku…kemudian ibuku…
Ku pandang wajahnya dengan rasa berkecamuk….
Tidakkah dia lelah berkata-kata kepadaku…..

A,B,C….
Acapkali mewarnai diari hidupku,
Dia melakarkan abjad juga huruf di minda ku,
Lantas matanya bulat memandangku
Ketika aku kelu untuk mengimbas ucapan bibirnya itu,
Namun amarahnya dipendam jauh..

Dia pembakar semangatku,
Permata yang turun pengubat kejahilanku,
Meminjam seberkas tumpuanku,
Melahirkan secangkir pengharapan,
Bisa mendidik watan…

Kini aku sudah dimercu,
Dia masih juga begitu,..
umpama bulan dan matahari,
Menyinari kehidupan hakiki..
Dialah pendidik sejati…
16 MEI 2010/BUKIT BERUNTUNG

Sunday, April 25, 2010

assalamualaikum

ALLAH maha besar, tuhan sekalian alam. sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segalanya. baik atau buruk semua ketentuannya..begitu agung kuasa Rabb maha pencipta sekalian alam.....

srikandi terkesan untuk mengucapkan syukur kerana dengan izin maha Esa maka selamatlah akk(isteri kepada abang srikandi) yang telah menjalani pembedahan. sesungguhnya Allah maha besar, pembedahan selama lebih kurang 12 jam akhirnya berjaya dan selamat keseluruhannya..menjejakkan kaki di Hospital Selayang membuatkan hatiku tidak putus2 mengucap syukur. sekalipun akk kelihatan pucat namun keriangan tetap terpancar disebalik wajahnya. begitu juga abang yang kelihatan letih kerana berulang alik melawat akk dan mengikuti kempen pilihanraya hulu selangor P 94.
namun segalanya berakhir kini..amin..amin ya rabb...

namun, srikandi teringat peristiwa yang berlaku semasa "aku" masih di KOTA BEIJING. Ayahanda sakit dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan, malah pergi ke Speciallist Medical Center Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke hospital Semporna selama 2 minggu...keadaan itu jauh dari jangkauan ku malah berita ini langsung tidak disampaikan oleh keluarga di tanah air. ayahanda sendiri tidak membenarkan sesiapa menyampaikan berita ini kerana khuatir akan membuatkan aku bersedih dan tidak dapat menumpukan perhatian. kuatnya kasih dan sayang seorang ayah...jauh disudut hati aku amat bersyukur dikurniakan seorang ayah yang cukup memahami malah memberikan pendidikan terbaik kepada kami sekeluarga.terlalu kerdil diri ini apabila mengenang pengorbanan ayahanda dan bonda yang bersusah payah membesarkan kami sekeluarga...


ketika 5 hari lagi kembali ke tanah air tercinta, aku mendengar khabar yang menyebabkan diriku terhenyak seketika..terpaku dan kelu bagai tiada daya untuk mengucapkan sepatah pun. ayahanda sakit di tanah air...perkara itu berlegar-legar memenuhi pelusuk fikiran srikandi..detak hati" mungkin benar...kerana ketika aku membuat panggilan ke sana, bapa selalu tiada..solat, tidur, ke masjid, atau kemana pun..mungkin cuma alasan keluarga di sana...aku cuma mampu berdoa..solat memohon agar bapa diberi kesembuhan dan aku sempat bertemu dengannya...air mata sudah tidak dapat dihitung banyaknya...cuma kerinduan yang dititipkan dalam doa pada Allah...


Allah Maha Pengasih lagi Maha penyayang..ketika aku kembali ke Semporna..sedaya upaya menyembunyikan kesedihan hati melihat fizikal ayah@bapa tidak seperti dulu. bapa kelihatan susut dan penurunan berat badan yang mendadak...aku cuma mampu menyalami ayahanda dan bonda ... jauh disudut hati aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang memeluk erat tubuh mereka..merasa kehangatan yang selama ini mereka berikan. namun bagaimana esok atau lusa...apa yang pasti semoga ayahanda dan bonda sempat melihat kejayaan ku seperti yang selalu mereka inginkan..kasih dan sayang kepada mereka tidak ada taranya...hanya mereka lah yang dapat mendoakan kejayaan anak-anaknya...

salam kerinduan buat ayah bonda ..semoga sentiasa sihat walafiat...anakanda slalu mendoakan kelian .walau jauh di mata tetapi dekat di hati..


akhir kalam..ajal maut di tangan tuhan..kita hanya mampu berdoa namun Allah yang menentukan...percayalah kepada Qada dan Qadar..setiap yang hidup pasti akan menemui kematian..cuma masa dan ketika yang menjadi rahsia..saatnya pasti akan hadir...wallahualam

Wednesday, April 21, 2010

assalamualaikum...

sahabat-sahabat sekalian srikandi ucapkan selamat menempuh peperiksaan yang akan menjelang..srikandi tidak sempat menghantar karya-karya utk tatapan kita semua lantaran masa dan keadaan yang tidak mengizinkan...srikandi harap sahabat-sahabat akan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan walau d mana anda berada....

dikesempatan ini srikandi ingin meminta maaf andai tersilap kata terlanjur bicara..doakan kejayaan srikandi...amin

bersama kita melangkah ke gerbang kejayaan

Monday, April 19, 2010


TUNAI DARINYA

Rasa berkecamuk bergelora nafas
Menggelegak api disemarakkan kecewa
Emosi digugat badai menerpa
Terkapar mencari benteng kekebalan

Mungkinkah
Berarak mendung dilangit petang
Menangisi malang hasil kejahilan
Alpa itu punca musabab
Turun rahmat jua derita….

Di sujudnya…
Tertanam luahan keinsafan,
Bayaran tunai satu peringatan
Mungkin terselit rahmat Rabb
Demi kasih jua sayang –Nya……..


Hasil Nukilan :
Rabiatul Adawiah Ab. Samad
Akademi Pengajian Melayu 2010
Kolej Kediaman Ke-8
12 mac 2010. 21.31

BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY



CIPTAAN

Melangkah ke gerbang itu..
Menyuntik keterujaan yang maha dahsyat,
Mematikan dimensi khayalan insan,
Melihat pesona realiti ciptaan…

Terkesima melihat satu keajaibannya,
Gagah terbina mercu bangsanya,
Menggamit nostalgia dahulukala,
dinasti feudal pemula ciptaannya

Benarkah ini?..bagaimanakah ia?
Siapakah penciptanya?..manusiakah atau bagaimana??
Berkecamuk diminda berasak-asak mencari penyudahnya
Tergamam menyaksi kepaduan dalam canaian ciptaan itu..

Salam ku titipkan buat kenangan,
Great Wall ciptaan penuh kemahsyuran
Menjadi lambang peradabaan bangsa
Jua menerbitkan persoalan diminda……


salam pertemuan salam pembukaan....
srikandi menyampaikan kerinduan kepada beiwai ... mungkin kali ini srikandi tidak berkesempatan lagi ke beijing foreign studies university lantaran kekangan masa dan dihantar pula ke delegasi university of walailak thailand..namun pengalaman dan kenangan disana akan tetap terpahat dihati srikandi...semoga bertemu lagi di lain helaian untuk berkongsi pengalaman semasa di beijing.

MANUSIA ALPA

Salam keikhlasan srikandi ucapkan..kebelakangan ini kita seringkali di sajikan dengan berita2 yang kadangkala menyebabkan api kemarahan semakin menggila. kadar pembuangan bayi di negara kita semakin meningkat. malah menjadi semakin runcing dAn sukar ditangani.Srikandi terfikir di mana letaknya nilai kemanusiaan mereka, melakukan perbuatan seperti itu. Teganya membuang bayi yang tidak berdosa berhampiran kawasan pembuangan sampah, di tepi surau dan sebagainya sehinggakan bayi tersebut kaku tidak bernyawa. Keseronokan dan hiburan yang dikejar remaja kala ini menjadi penyebab wujudnya kes malang pembuangan bayi. Mereka mendahulukan nafsu sehinggakan hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri yang penuh dosa dan noda. Akhirnya anak yang tidak berdosa ini dibuang untuk menutupi aib dan kemungkaran yang dilakukan ibu bapanya. Subhanallah....tidakkah mereka takut dengan azab yang akan menanti mereka...renungkan lah



Teganya dikau..
Merosak sekecil kuman keimananmu,
Berpaksi hawa nafsu menggila,
Meruntuhkan tembok panduan manusia,
Mencantas rasa insaniah dirimu..
Bertopengkan syaitan durjana,
Menjadi makhluk dilaknat yang ESA..

Kejamnya dikau..
Tunduk pada keterlanjuran dirimu,
berselubung kelam dosa dan noda,
Hingga tiada darah dan nyawa,
Lantas manusia apakah dikau ini,
Mencabut nyawa darah dagingmu
Memijak lumat maruah dan harga diri…

Manusia…
Sejauh itu kejahilan dirimu,
Mencampak benih dari rahimmu,
Melontar janin hasil kekejianmu,
Kemungkaran galang ganti maaruf bagimu,
Kebathilan merantai akal warasmu,
Meruntuhkan kasih RABB penciptamu

Manusia…
berpijaklah di bumi nyatamu,
renungkan sebaik kejadianmu,
waktu pantas meninggalkanmu,
menangislah di dada keinsafanmu,
pohonlah mahabbah setulus hatimu,
husnul khatimah pengakhiran hidupmu.

Sunday, April 18, 2010

PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH AKADEMI PENGAJIAN MELAYU 2010



SYUKUR ALHAMDULILLAH....

PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH KALI KE 2 ANJURAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU DENGAN KERJASAMA IPTA DI MALAYSIA.

srikandi sekali lagi melakar kejayaan sekalipun hanya mendapat naib johan dalam pertandingan pidato..JOHAN dan tempat ke-3 disandang pemidato drpd institut perguruan bahasa, manakala tempat ke-4 dirangkul oleh peserta drpd UPM.

TERIMA KASIH BUAT TEMAN2 YANG SENTIASA MEMBAERI SOKONGAN PADU.
sekalung penghargaan kepada majlis tertinggi yang menganjurkan projek ini...semoga ia dapat diteruskan sebagai warisan dan tradisi di AKADEMI PENGAJIAN MELAYU..SYABAS DAN TAHNIAH

TITIPAN KASIH DIBAWA BAYU



Lautan biru dibawa bayu
Segar disegenap ruang nafasku
Teman kala sepi mencengkam
Sahabat tika rindu bertandang…

Ceritera bayu melukis keindahan
Pada bicara tak terungkapkan
Beribu batu memisahkan
Kasihnya bayu diingatan….

Lautan biru bermata jernih
Butir mutiara penyatuan zahir
Bayu penyampai keikhlasan hati
Merakam madah kasih berlagu..

Pada bayu ku titipkan pesan
Kasih bersahut rindu dipendam
walau esok bukan semalam
Pastinya bayu kekal diingatan…..

Rabiatul adawiah ab.samad
Yi Da @ beiwai 2009
1 april 2010 APM 2.15 PG