Pagi yang indah ini, terdetik rasa di hati srikandi untuk berkongsi mengenai kelebihan-kelebihan hari jumaat. Keindahan ini perlu diterokai bukan hanya melalui makna tetapi penghayatan dan pengisiannya..semoga jumaat kali ini akan lebih bermakna dan membawa barakah kepada kita semua...
6 kelebihan hari Jumaat
1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari yang dinamakan penghulu segala hari inilah nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
srikandi berpendapat hari ini adalah hari yang lebih istimewa...( wow ...)
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Memotong kuku yang panjang dan rambut, maka lebih baiklah pada hari Jumaat. kebersihan itu adalah sesuatu yang dituntut agama..demi kesejahteraan hidup..
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Ulama yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Begitulah bingkisan kasih srikandi yang mungkin boleh dikongsi bersama di laman rasmi ini. semoga apa yang baik itu kita jadikan panduan dan yang buruk itu sentiasa menjadi sempadan.
rajin2 lah beristighfar dan berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. moga kita sentiasa mendapat hidayah dan pertolongan daripada Nya. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita, maka kepadaNya kita akan kembali..peliharalah iman kita untuk memperolaehi ganjaran firdausi kelak...subhanallah...wassalam
srikandi...Rabiatul Adawiah
No comments:
Post a Comment