Perjalanan Sejauh Ini

















Sunday, December 12, 2010

PENJAJA TUA

Hembusan dingin pagi mencengkam

Enggan mematahkan semangatku

Melihat lautan manusia berhimpun

Berasak-asak memperjudikan nasib

Demi satu tekad yang sama..


Hingar bingar suara manusia

Terasa bingit di corong pendengaranku

Menggoncang arah tuju lamunan

Sehingga mata menangkap kelibat

Seorang penjaja di kaki lima


Seraut wajah itu pernah ku kenal

Teman tika dibelenggu kedaifan

Bersama menempuh hidup kesuraman

Dihambat onak dan duri halangan

Berjuang hingga ke titis akhir harapan


Wanita tua itu terus bersimpuh

Ditengah-tengah gelagat manusia

Menjaja barang-barang jahitan tangan

Dikelilingi sahabat satu matlamat

Menanti bahang mentari pagi

Wanita itu kekal sebagai penjaja

Sekalipun diriku telah dewasa

Dia masih penjaja yang tabah

Menanti hadirnya sinar kebahagiaan

Sekalipun roda sentiasa berputar


Doa ku panjatkan pada mu Rabb

Moga meredhai titisan keringatnya

Merubah tingkat kehidupan

Lepas belenggu legasi kesengsaraan

Menghadirkan Nur bekal perjalanannya….


Srikandi PLA

12/12/10 11.55mlm


Assalamualaikum w.t.b

srikandi tertarik untuk berkongsi puisi ini dengan teman-teman yang lain. Semoga puisi khas ini mampu membuka minda dan fikiran kita semua. Puisi ini ilham yang diperoleh ketika mengunjungi pasar di pekan srikandi. perasaan begitu sedih dan pilu melihat anak bangsaku masih jauh ketinggalan dalam arus kemodenan yang semakin pesat. Srikandi begitu terkesan di hati melihat senario ini lantaran merantau menimba ilmu di bumi orang.


Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetapi lebih baik di negeri sendiri. Pepatah ini mengingatkan srikandi apalah makna usaha dan pengorbanan untuk srikandi menuntut ilmu selama ini sekiranya tidak dapat berbakti kepada bangsa sendiri. Siapa lagi yang mampu merubah mereka ???? jikalau bukan golongan seperti srikandi yang telah memikul amanah selama ini.. Bangsaku perlukan insan sepertiku . ..moga Allah sentiasa memberikan jalan terbaik kepada srikandi menabur jasa dan bakti memajukan bangsa yang tercinta........

Thursday, December 9, 2010

Fadhilat Hari Jumaat..

assalamualaikum ...

Pagi yang indah ini, terdetik rasa di hati srikandi untuk berkongsi mengenai kelebihan-kelebihan hari jumaat. Keindahan ini perlu diterokai bukan hanya melalui makna tetapi penghayatan dan pengisiannya..semoga jumaat kali ini akan lebih bermakna dan membawa barakah kepada kita semua...

6 kelebihan hari Jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari yang dinamakan penghulu segala hari inilah nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

srikandi berpendapat hari ini adalah hari yang lebih istimewa...( wow ...)

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Memotong kuku yang panjang dan rambut, maka lebih baiklah pada hari Jumaat. kebersihan itu adalah sesuatu yang dituntut agama..demi kesejahteraan hidup..

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Ulama yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.



Begitulah bingkisan kasih srikandi yang mungkin boleh dikongsi bersama di laman rasmi ini. semoga apa yang baik itu kita jadikan panduan dan yang buruk itu sentiasa menjadi sempadan.

rajin2 lah beristighfar dan berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. moga kita sentiasa mendapat hidayah dan pertolongan daripada Nya. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita, maka kepadaNya kita akan kembali..peliharalah iman kita untuk memperolaehi ganjaran firdausi kelak...subhanallah...wassalam


srikandi...Rabiatul Adawiah