Perjalanan Sejauh Ini

















Sunday, January 23, 2011

JANUARI 2011

Interlok - karya SN Abdullah Hussain.

Novel ini dibakar bersama gambar penulisnya oleh sebilangan masyarakat yang tidak mengetahui nilai sebenar sejarah yang terakam di dalamnya. Kenapa baru sekarang novel ini dikatakan mengandungi sentimen perkauman? sedangkan novel ini telah lama berada dipasaran malahan boleh diterima semua kaum khususnya india sekitar 70-an. Interlok merakamkan kisah yang diambil sebahagiannya daripada sejarah dan realiti yang berlaku ketika itu. Penggunaan perkataan Paria dan kewujudan sistem kasta bukanlah perkara yang janggal .

Inilah hakikat yang perlu diterima oleh masyarakat, unsur kasta memang menjadi amalan kaum India khusunya di India. Sejarah telah membuktikan bahawa kemasukan mereka sebagai buruh adalah berdasarkan sistem kasta pada ketika itu. Peristiwa ini terakam dalam pelbagai hasil tulisan ilmiah bukan berniat untuk menyuntik bahang perkauman yang semakin pantas mencurahkan lavanya...Penulis cuba memaparkan realiti sebenar masyarakat dalam menghasilkan sebuah karya cerminan bangsanya.

Novel ini jika diteliti kandungannya amat bermakna. Namun yang menjadi masalah apabila campurtangan ahli politik yang hakikatnya juga masih kurang jelas mengenai mesej yang dipaparkan melalui novel Interlok. Sastera itu adalah ungkapan bermakna yang terluah dari sentuhan keramat penulisnya bahkan menjadi penyimpan memori masyarakat  realiti. Untuk apa perlu dipersoalkan lagi sehingga melakukan bantahan membakar novel ini. Ambillah yang jernih..berfikirlah secara positif...

SURATAN ATAU KEBETULAN

Senja kelam telah berlabuh,
Bersama menangisi kesepian itu,
Mengerti keterlukaan kalbu,
Dek kenyataan yang membelenggu…

Senja itu menyampaikan pesanan,
Meruntun hati dua insan,
Andai kudrat merubah kenyataan,
Pasti terpatri lakaran kedamaian..

Pada bayu ku bisikan rasa,
Pasrah jua pada takdirnya,
Terhiris rasa terluka jiwa,
Kerna takdir hakikat diterima,

PadaNya Esa aku berbicara,
Soal hati mengusik rasa,
Pemberian ini satu anugerah
Kehilangan itu juga satu rahmatNya
Namun itukah suratan atau kebetulan…………                                Rabiatul adawiah ab. Samad
                                                                                                        Apm  @ times square

MIMPI YANG PANJANG

Tirai malam bersama suram
merantai rindu pada kesyahduan
panah kedinginan melimpahi alam
membawa bicara bersulam kepahitan
melewati batas rindu dikeheningan
melabuhkan madah tanpa ungkapan
pada benak merakam penyesalan
di mana akhir garis kesudahan

selaut kasih seikhlas budi
bukan sandiwara garapan diri
lembayung kasih panahan berduri
sekilas pandang terserlah maknawi
umpama kasih tersekat dihati
jeritan batin berlagu bernyanyi
pada mata terbitnya kasih
dilubuk hati sukar  dimengerti

berbalam memori menjadi mimpi
menjauh berlari meninggalkan pergi
cuba mencari serpihan kejujuran
bertemu kepahitan jua kepalsuan
berbicara pada hati yang sedih
mungkin sekadar persinggahan sunyi
dikala duka teman melewati  

Serunai malam rembesan kerinduan
Penyampai amanat kepada insan
moga mengerti hakikat penghidupan
impian tidak seindah kenyataan
Andai suratan penentu kejadian
Lohmahfuz merakam pengabadian
pada Rabb maghfirat disandarkan
moga berlalu mimpi yang panjang………


HASIL NUKILAN
Rabiatul Adawiah Hj. Abdul Samad
30 oktober 2010
03.09 pg / 2P, 14 Kg. Kerinchi