Perjalanan Sejauh Ini

















Monday, October 10, 2011

Jadual Mahasiswa Yang Padat







Assalamualaikum....

Terlalu lama rasanya meninggalkan blog ini tanpa sebarang tulisan....jadual yang terlalu padat sebagai seorang mahasiswa sarjana menjadi faktor keterbatasan aktiviti. Alhamdulillah selesai juga penelitian yang telah dilakukan bersama 17 mahasiswa Sarjana Akademi Pengajian Melayu ke Universitas Hasanuddin, Makassar Sulawesi Selatan.Pengalaman yang diperolehi ketika berada di sana merupakan detik-detik indah yang tidak akan dapat diulangi semula.
   
 Universitas Hasanuddin merupakan salah satu Universiti terkenal di Sulawesi Selatan. Ramai mahasiswa Malaysia dalam jurusan perubatan yang mengikuti pengajian di sana. Srikandi bersama teman-teman mengikuti kuliah lebih kurang dua minggu di sana. Program penelitian ini adalah hasil usahasama Akademi Pengajian Melayu Uni. Malaya dengan Pusat Studi Melayu, Uni. Hasanuddin.

Mata kuliah yang diajar sepanjang kami berada di sana melibatkan beberapa aspek iaitu bahasa Bugis, tulisan Bugis (Lontarak), kesenian melalui muzik, seni tari serta kebudayaan masyarakat Bugis. Kuliah ini khusus disediakan kepada kami sebagai suatu pengenalan awal sebelum kami memulakan aktiviti penelitian langsung dilapangan. Kuliah yang diadakan ini membantu kami mengetahui pelbagai maklumat dan informasi tambahan yang berguna khususnya dalam proses penyediaan makalah untuk pembentangan Internasional selepas kajian ini. 


Dosen dan tenaga pengajar di sana menyambut kedatangan kami dengan layanan mesra. Mereka tidak jemu-jemu menerangkan pelbagai perkara dan persoalan yang kami utarakan. namun, srikandi tertarik dengan bahasa dan sistem tulisan masyarakat Bugis. Bahasa bugis ternyata mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan dengan bahasa Makassar. bahasa bugis juga berbeza mengikut kabupaten dan wilayah-wilayahnya. Dari segi tulisan pula, mereka memiliki sistem tulisan sendiri iaitu lontarak. sekiranya ada kesempatan srikandi akan menerangkan serba sedikit mengenai kajian yang telah dilakukan sepanjang berada disana.

Kabupaten Barru dan kabupaten Wajo merupakn dua pusat penelitian yang telah dipilih oleh mahasiswa. kedua-dua kawasan ini berbeza dari segi latar geografinya. Barru khususnya Desa Pancana merupakan kawasan perikanan dan ketika berada di sana kami disajikan dengan pandangan yang menakjubkan..Ketenangan pantai dengan pasir hitam begitu menarik hati sesuai untuk melepaskan segala tekanan dan keletihan yang dirasai.Kabupaten Wajo merupakan kawasan yang agak maju dari segi pentadbirannya. mereka dikenali sebagai pedagang dan mahir selok belok perniagaan. di sana juga kami memperolehi banyak ilmu dan pengetahuan.

Semua mahasiswa sarjana merasa berterima kasih atas layanan dan bimbingan yang telah diberikan oleh beberapa orang dosen serta pembantunya. Prof. Dr. Nurhayati Rahman, tokoh yang disegani dan sering berbicara mengenai hasil karya terpanjang di dunia yang mereka miliki iaitu Lagaligo. Dr. Nurhayati Syairuddin bersama suami Drs Syairuddin merupakan insan yang menjaga dan memerhatikan kami disana. kasih sayang serta perhatian mereka amat membekas dihati srikandi. moga Allah dapat membalas segala kebaikan mereka. Pada teman-teman di sana iaitu Andi Agus Salim, Ratu Siti Ithriah, Illang Sari dan Rijal Paddaitu..terima kasih atas bantuan kalian...kenangan kita bersama adalah yang paling indah dan takkan pernah terlupakan...moga kita bertemu dilain kesempatan...


Salam kanangan buat Makassar yang dirindui....

No comments:

Post a Comment